Warisan mesra 2008/2009

28 06 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada semua pelajar perubatan UKM, sempena warisan mesra 2008/2009, organisasi warisan mesra menganjurkan beberapa pertandingan yang berkonsepkan mesra pelajar dan ianya terdiri daripada aktiviti outdoor dan juga indoor.
Aktiviti-aktiviti ini terbuka kepada semua para pelajar perubatan UKM.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah:

  • Pertandingan motosikal berhias.
  • PES (pro evolution soccer)
  • Dota war craft

Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti ini, sila dapatkan borang di papan kenyataan persiap dan papan kenyataan blok KTDI bermula daripada 1 JULAI 2008.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan sila rujuk:
Muhamad Hafis Asyraf- 0169126747
Nurul Huda Abdul Rahman- 0123282729
Nor Hafiza Ahmad- 0125348747

tarikh akhir penghantaran borang adalah 20 JULAI 2008.

“Seketika bersama Ukhwah terjalin”

Oleh : Organisasi Warisan Mesra 2008/2009

untuk keterangan lebih lanjut atau maklumat lebih terkini: Sila lawat laman web persiap : http://persiap.wordpress.com/





Laporan Bertulis tentang kecurian

18 06 2008

Assalamualaikum dan hi,

 

Berita tentang kecurian kasut dan barang-barang yang berlaku di dalam kolej telah pun dibawa ke mesyuarat JAKSA untuk tindakan lanjut.

 

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa ada pelajar siswi melihat lelaki lalu lalang di dalam blok perempuan pada waktu malam.

 

Kami sangat mengambil berat laporan dan aduan saudara saudari terutamanya berkaitan isu keselamatan.

 

Justeru, saya memohon jasa baik warga kolej yang mempunyai aduan berkaitan keselamatan untuk membuat LAPORAN BERTULIS agar tindakan yang selanjutnya dapat diambil oleh pihak berwajib.

 

Saudara saudari boleh menghubungi:

·        saudara Mohd Rafi b Jamari (Pengerusi Biro Keselamatan dan Tugas-Tugas Khas) pada talian: 0122198462 atau

·        saudari Nurul Aiman bt. Adnan (Pengerusi Biro Hal Ehwal Siswi) pada talian: 0123648784

untuk membuat laporan bertulis dan mendapat penerangan lanjut.

 

Aduan BERTULIS adalah sangat penting

 

YDP JAKSA





Bengkel Asas Flash Fotografi & Manipulasi Imej Digital

17 06 2008

Kelab Seni Budaya PPUKm akan menganjurkan aktiviti berikut:

Untuk keterangan lanjut untuk setiap aktiviti berikut sila layari laman web : http://fotohukm.blogspot.com/

BENGKEL ASAS FLASH FOTOGRAFI & MANIPULASI IMEJ DIGITAL

Aturcara program Bengkel Asas Flash Fotografi dan Manipulasi Imej Digital.

28 Jun 2008 (Sabtu)

9.00am Pendaftaran di bilik fotografi
9.15am – 11.00am Asas Flash Fotografi dan Asas Indoor Fotografi
11.00am – 11.15am Rehat
11.15am – 12.00pm Asas Adobe Photoshop dan Manipulasi imej Digital
1.00pm – 2.00pm Makan Tengahari (Disediakan)
2.00pm – 3.00pm Asas Adobe Photoshop dan Manipulasi imej Digital
3.00pm – 3.30pm Komen dan soal jawab
3.30pm – 4.00pm Penyampaian sijil dan bersurai

Studio Flash Fotografi
Tempat : Studio Unit Fotografi PPUKM Komplek Pendidikan

Indoor Fotografi
Tempat : Sekitar Lobi Komplek Pendidikan dan Bilik Fotografi.

Manipulasi Imej digital
Tempat : Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Tingkat 2

Yuran Penyertaan : Rm30
Pendaftaran call : ext 5482/5928 (En. hamydy)
atau email ke fotohukm@gmail.com

 

 

KINABALU FOTOHUNT 2009

 

Tarikh : Antara 8 march-16 march 2009
Jumlah hari : 5 hari 4 malam
Bayaran : Rm 250 (Booking Tempat, kenderaan dan Penginapan di G. Kinabalu)

Bayaran tidak termasuk

Tiket penerbangan
**Air asia ada promotion..tiket percuma (Rm0.00 + tax Rm66 sehala)
Hotel (Kebiasan hotel Backpaker dalam Rm30-50 semalam)
Makan Bebas
Tiket Bot ke Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik

Tempat Terhad kepada 16 orang sahaja

Sebarang pertanyaan sila Hubungi hamydy 013 2383464 atau email ke fotohukm@gmail.com

Tentatif Program

Hari Pertama
06.00pm -Berkumpul di Stesen kl Sentral
-Naik Bas LCCT express
08.00pm -Boarding
09.15pm -Berlepas ke KK
11.45pm -Tiba di KK
12.00am -Check in Hotel Backpaker

Hari Kedua
08.00am -Sarapan dan bertolak ke Taman Negara Kinabalu
11.00am -Sampai Taman Negara
-Melawat hot spring, kanopi walk,
06.00pm -Check in chalet Taman Negara

Hari Ketiga
07.00am -Mula mendaki
12.00am -Tiba di Laban Rata dan bermalam di chalet

Hari Keempat
02.00am -Mendaki ke puncak
-Melihat matahari terbit
-Mendaki turun ke Laban Rata
06.00pm -Tiba di KK
-Makan Malam di Pasar Philipine
-Bermalam di Hotel Backpaker

Hari Kelima
07.00am -Selepas sarapan terus ke Jeti
-Berlayar ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik
-Aktiviti Snorkeling
12.00pm -Balik ke KK
01.00pm -Makan dan Shoping di Pasar Philipine (Pasar kraf & Mutiara)
06.00pm -Bertolak ke Lapangan Terbang
20.05pm -Berlepas ke Kuala Lumpur
22.35pm -Sampai di Kuala Lumpur

 

sekian terima kasih





Penukaran pasangan posting!!

17 06 2008

seperti ramai yang sedia maklum bahawa pairing posting bagi tahun 4 yang sebenar-benarnya ialah seperti berikut:

TRIAD (ENT, anaest & ophthalmology) + Psychiatry

 

Paediatrik & Orthopedik

~~InsyaAllah, tiada sebarang perubahan sehingga masa ini.

harap maklum





Al-fatihah

13 06 2008

Assalamualaikum warga ktdi,

Seluruh jawatankuasa kerja JAKSA dan warga KTDImengucapkan takziah di atas pemergian ayah kepada saudari Nur hidayah mohd Salehin (Medic 3rd year) pada jumaat (13/06/08). Semoga saudari hidayah sekeluarga tabah menerima ketentuan Ilahi dan bersabar atas dugaan ini. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahnya. amin.

Al-Fatihah





Teater pesta Konvo 2008

12 06 2008

Perhatian kepada semua student Kolej Tun Dr. Ismail!!
Kolej Tun Dr. Ismail telah diundang untuk menyertai Pesta Konvo pada Bulan OGOS ini…KTDI juga diminta untuk turut serta dalam pesta konvo dengan mengadakan persembahan teater. Kepada sesiapa berminat untuk mengambil bahagian dalam pementasan teater sila hubungi saya di talian ini.
012-3481034= Nur Hidayah





Al – Fatihah

8 06 2008

Assalamualaikum dan hi,

Seluruh jawatankuasa kerja JAKSA mengucapkan takziah di atas pemergian adik kpd saudari Fakhriyah bt Hamzah (Medic 4th year) pada selasa lepas. Semoga saudari Fakhriyah sekeluarga tabah menerima ketentuan Ilahi dan bersabar atas dugaan ini. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adiknya. amin.

Al-Fatihah





AJK ai dot com

8 06 2008

klik untuk besarkan…

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ai dot com, bolehlah mengambil borang permohonan AJK di hadapan bilik ai dot com ( bersebelahan Kedai fotostat KTDI)

tarikh tutup : 22 JUN 208





pairing posting 4th yr 08/09

5 06 2008

salam & hi…

untuk makluman anda semua, pasangan posting adalah seperti berikut:

– orthopaedic + triad
– paediatric + psychiatry

info ni baru XD telah copastikan pagi tadi (5/6/08, 10.00 am) & sumber XD ialah Prof. Nabishah dari Jabatan Pendidikan Perubatan dan ini adalah diketahui selepas mesyuarat fakulti perubatan yg ke-306 yg telah berlangsung semalam (4/6/08). dengan ini disahkan kan pasangan posting di atas adalah benar.

Jadi,kalau ader khabar – khabar lain selepas ini, sila pastikan sumber anda adalah rasmi dan boleh dipercayai sebelum percaya kepada khabar- khabar itu.
Sekian, trima kasih…

thanks to:
XD- shukri- “the sky is da limit

“Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya”

admin