KTDI jaring Wifi

29 01 2009

ktdi jaring wifi

ktdi jaring wifi

Pemberitahuan….

Khabar gembira untuk penghuni Kolej Tun Dr Ismail UKM, kini kolej kita dilengkapi dengan kemudahan WIFI yang boleh diakses di setiap blok mahupun di Ibnu Sina, dengan kata mudah ada semua boleh mengakses internet di mana-mana sahaja anda berada dalam bilik, di bilik diskusi dan sebagainya (tempat – tempat yang boleh mencapai wireless jaring ini didalam kolej ini).

Disamping itu juga, kemudahan LAN Networking juga akan diteruskan seperti biasa. Ini bermakna anda semua boleh mempunyai dua pilihan untuk mengakses internet. Anda hanya perlu masuk kan user name & password.

Diharapkan semua boleh memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan ini sebaik-baiknya dan gunakanlah untuk kebaikan.

“Ke arah Mahasiswa yang berteknologi”

Harap Maklum.

Exco Informasi & penerbitan

Advertisements




Bidang Perubatan

27 01 2009

SAMA TINGGI SAMA RENDAH.. 

 

ppukm

Sumber: Surat Khabar Metro

 

PERUBATAN adalah bidang yang amat mencabar. Bukan calang-calang orang yang dapat mengambil pengajian itu apatah lagi ia mengambil masa yang lama.

Bidang perubatan menjanjikan anda gelaran doktor, satu nama yang cukup disegani di kalangan masyarakat kerana mereka dianggap ikon.
Jika ada anak yang menjadi doktor, seluruh kampung akan bercakap mengenai perkara itu. 

Ini memberi gambaran bukan mudah untuk menjadi doktor terutama di kalangan orang Melayu dahulu. 

Perubatan dikatakan bidang yang kurang diminati anak Melayu dan bilangan yang mengambil kursus berkenaan di universiti boleh dibilang dengan jari.

Tetapi itu kisah 20 tahun lalu. Kini, semakin ramai yang mahu mencuba bidang yang memerlukan ketahanan mental itu apatah lagi berhadapan dengan latihan amali yang memenatkan.

Begitupun, jumlah pelajar Melayu dalam bidang perubatan dikatakan masih kecil berbanding bangsa lain.

Apakah yang menghalang mereka mengambil kursus itu sebagai kerjaya masa depan. 

Adakah kesukaran kursus atau takut untuk bersaing dengan bangsa lain dalam bidang berkenaan?

Dekan dan Pengarah Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Datuk Dr Lokman Saim, berkata perbezaan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu dalam bidang perubatan sudah tidak relevan untuk diperkatakan.

Beliau berkata, pada zaman globalisasi, sesiapa saja boleh menimba ilmu dalam apa mana-mana bidang yang diminati termasuk perubatan.

“Memang tidak dapat dinafikan di awal tahun 70-an, bidang perubatan dikuasai pelajar bukan Melayu kerana peluang mengikuti kursus terbabit adalah terhad dan memerlukan kos pembiayaan tinggi.

“Selain itu, pembelajaran bidang ini yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar membataskan peluang anak Melayu kerana kebanyakan mereka belajar di sekolah Melayu.

“Jadi, masa itu kebanyakan yang mampu dan berpeluang mengikuti pengajian perubatan adalah pelajar bukan Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, penubuhan UKM pada ketika itu yang berteraskan perubatan membuka peluang kepada anak Melayu mendalami ilmu perubatan.

Lokman berkata, yuran pembelajaran yang ditawarkan pada ketika itu juga berpatutan dan mampu untuk ditanggung golongan Melayu yang berpendapatan sederhana.

“Penggunaan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa penghantar dalam kursus ini juga turut menyumbang kepada pertambahan pelajar Melayu dalam bidang ini.

“UKM ketika itu peneraju kepada penggunaan istilah perubatan dalam BM dengan bantuan pakar dan pensyarah dari beberapa universiti di Indonesia,” katanya.

Sudah menjadi satu kemestian pada ketika dulu, pelajar perubatan perlu mengikuti pengajian di luar negara untuk melengkapkan ijazah perubatan mereka.

Namun, kini mereka tidak perlu lagi berbuat demikian kerana semuanya boleh ditimba di dalam negara. 

Bagaimanapun, untuk menjadi doktor pakar, mereka terpaksa menyambung pembelajaran di luar negara.

Kini, bidang perubatan bukan satu kursus yang sukar untuk diikuti kerana banyak peluang yang dibuka universiti tempatan dan swasta.

Dari segi persaingan, pelajar perubatan tidak perlu gusar kerana permintaan terhadap doktor tinggi dan sentiasa diperlukan di pelbagai sektor.

“Graduan perubatan punya banyak pilihan dalam kerjaya. Ini kerana mereka boleh memilih untuk bekerja sebagai doktor di mana-mana hospital atau membuka klinik sendiri.

“Kementerian Kesihatan kekurangan doktor yang boleh berkhidmat dengan hospital awam di seluruh negara. Ini kerana, kebanyakan doktor yang sudah lama berkhidmat di hospital awam memilih berhijrah ke hospital swasta atau membuka klinik sendiri. 

“Nisbah doktor dan pesakit ialah 1:600 dan ia menunjukkan bahawa negara kita masih memerlukan graduan perubatan untuk mengisi kekosongan jawatan.

“Jadi, berapa banyak pun graduan perubatan yang dilahirkan, mereka punya tempat di semua hospital kerajaan di seluruh negara,” katanya.

Pelajar tahun empat dalam bidang perubatan UKM yang kini menjalani latihan di Hospital UKM, Kathija Banu Ariffin, 22, berkata tidak ada persaingan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu dalam fakulti perubatan di UKM.

Ini kerana mereka sentiasa digalakkan untuk bercampur gaul dengan semua bangsa dalam menimba ilmu.

“Dalam juga pembentangan atau pembelajaran, kami akan dibahagikan kepada kumpulan yang majmuk iaitu menggabungkan semua pelajar tidak kira bangsa.

“Dengan itu, kami boleh saling tolong menolong dalam apa juga persoalan dalam pelajaran,” katanya yang berhasrat untuk perkhidmatan dengan hospital awam selepas menamatkan pelajarnya nanti.

Sementara itu, Zairi Azwan Zulkifli, 23, berkata bidang perubatan adalah meluas dan punya tanggungjawab yang berat.

Menurut, Zairi yang juga kini menjalani latihan di HUKM, dia memilih bidang ini kerana ia adalah cita-cita daripada kecil lagi.

“Selain sudah menanam cita-cita untuk menjadi doktor, peristiwa kematian seorang ahli keluarga kerana kekurangan doktor pakar menjadi pembakar semangat untuknya mendalami bidang ini,” katanya.





Happy Chinese New Year & Gong Xi Fa Chai

25 01 2009

happychinesenewyear10

Wishing all of Chinese peoples:

Happy Chinese New Year & Gong Xi Fa Cai..

Selamat Tahun Baru Cina….

Wishing you peace, happiness & prosperity for this year


happychinesenewyear12





Borang permohonan JAKSA sesi 2009/2010

23 01 2009

PERHATIAN

Kepada semua pelajar Fakulti Perubatan Tahun 2 & 3 yang berminat untuk memohon sebagai JAKSA KTDI (Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i) Kolej Tun Dr Ismail, abgi sesi 2009/2010, SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN JAKSA di Pejabat KTDI  ataupun daripada wakil-wakil JAKSA seperti di bawah

1. Mohd Shahrul Suondoh

2. Mohd Zulhilmy bin Mohd Khalid

3. MOhd Subhan Safie

 

Sila PULANGKAN BORANG tersebut terus ke PEJABAT KTDI SEBELUM ATAU PADA 12 FEBUARI 2009

-Harap Maklum-





PERUBAHAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II TAHUN 4 SESI 2008/2009

16 01 2009

Berikut adalah  jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Akademik:

Tarikh

Masa

Kertas Peperiksaan

Tempat

 

3 Feb 2009

(Selasa)

 

9.00 pg – 12.00 tgh

(Kump 3 & 4)

TEORI

Psaikiatri, PPD

MCQ

KFQ

 

Dewan peperiksaan Tingkat 4

 

2.30 ptg – 5.00 ptg

(Kump 1 & 2)

TEORI

Paediatrik, PPD

MCQ

KFQ

 

 

4 Feb 2009

(Rabu)

 

9.00 pg – 11.30pg

(Kump 1 & 2)

TEORI

Orto, PPD

MCQ

KFQ

 

 

2.30 – 5.30 ptg

(Kump 3 & 4)

TEORI

ENT, Oft, ANaest,  PPD

MCQ

KFQ

 

10 Feb 2009

(Selasa)

9.00 pg -1.00 tgh

(Kump 3 & 4)

OSCE

Psaikiatri, PPD

Dewan Peperiksaan tingkat 10

11 Feb 2009

(Rabu)

9.00 pg -1.00 tgh

(Kump 1 & 2)

OSCE

Paediatrik, PPD

12 feb 2009

(Khamis)

9.00 pg -1.00 tgh

(Kump 1 & 2)

OSCE

Orthopedik, PPD

13 Feb 2009

(Jumaat)

9.00 pg -1.00 tgh

(Kump 3 & 4)

 

OSCE

ENT, Oft, ANaest,  PPD

 

tingkat 4Dewan Peperiksaan

* Anda boleh download Jadual Peperiksaan di downlaod corner di sidebar web ini dalam bentuk word untuk rujukan

* inilah jadual terkini yang telah ditampal oleh pejabat akademik

 

-mfk-





Kafe Wahid lagi

15 01 2009

PERHATIAN
Untuk pengetahuan pelajar kolej Tun Dr Ismail, pihak jaksa KTDI telah mengadakan mesyuarat dengan pihak kafe wahid dan beberapa komen daripada pelajar telah diajukan dan dibincangkan jalan penyelesaiannya. Sehubungan itu, diharap kerjasama daripada setiap pelajar kolej untuk membuat komen anda terus kepada pihak kafe wahid atau mengisi borang aduan yang diletakkan di kaunter kafe wahid untuk membantu dalam membaiki perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kafe wahid. Kerjasama daripada anda amat kami harapkan. Sebarang pertanyaan sila rujuk notis di papan kenyataan.

 

sekian terima kasih.





Sticker parking KTDI 2009

6 01 2009

Perhatian kepada semua  warga yg budiman,

 

Anda semua boleh mendapatkan pelekat letak kereta KTDI bagi tahun 2009 di pejabat KTDI mengikut waktu pejabat.

Anda semua dikehendaki berbuat sedemikian secepat mungkin. Pelekat letak kereta adalah terhad.

Sila ingat nombor plat kereta masing-masing semasa melakukan urusan. 

 

regard,

-mfk-