Tonjolkan Bakat Anda!!

28 10 2009

promot-karya

Advertisements




Kelas Kemahiran Tesis

28 10 2009

12770_179474343728_823103728_2709298_7056664_n

Kelas kemahiran thesis khusus utk pelajar kejururawatan (degree).

Pelajar perubatan digalakkan datang, boleh belajar buat thesis utk postgraduate nanti..

sebarang pertnyaan boleh tanya kepada:

1. Noorfaizahtul Hanim (Biro Akademik JAKSA)

2. Librarian (en azlan)





Rumah Terbuka KTDI 09/10!!

18 10 2009

jamuan
Semua warga KTDI dijemput hadir!!





English Speaking Zone KTDI

5 10 2009

poster final





Hasil Mesyuarat Bersama Pemilik Selera Mak Yong Cafeteria KTDI, 29 Septamber 2009.

4 10 2009

Salam/Hi.
Kepada semua warga kolej yang dihormati.
setelah menilai borang aduan pelajar dan memantau sekitar kafe sejak kafe mula operasi, segala aduan dan cadangan pelajar telah disuarakan dalam mesyuarat.
berikut merupakan hasil mesyuarat mengenai cafe KTDI bersama Pn. Noraini yang telah dianjurkan oleh pentadbiran KOLEJ dan JAKSA yang dipengerusikan oleh Pfor. Madya Dr. Zulkifli, Pengetua kolej KTDI.

1. menu untuk lauk hidang/buffet tidak mencukupi pada sebelah petang/malam.

Aduan/Masalah:
lauk pada waktu tengahari mempunyai banyak pilihan, akan tetapi pada sebelah petang/malam, kurang pilihan dan kuantiti lauk. (saiz ayam kecil, lauk sayur tidak banyak pilihan, dll). Pelajar kebanyakannya memilih untuk makan nasi campur pada sebelah petang/malam.

Tindakan yang telah dilakukan:
– Pn. Ani menerangkan perancangan beliau untuk membuat konsep buffet pada waktu siang/tengahari, manakala konsep stall/ala carte/masakan panas pada sebelah petang/malam.
– Jenis lauk yang dikeluarkan sudah banyak pilihan. akan tetapi bukan pada waktu yang serentak. lauk berbeza jenis pada sebelah siang dan sebelah malam.
– hari ini sudah mula keluarkan lauk pada sebelah petang/malam kerana terdapat permintaan dari pelajar.
– konsep stall telah diperkenalkan: burger, roti canai

Perancangan Cafe:
– perkenalkan stall untuk western food, roti kebab, dll (dalam proses utk dapatkan tukang masak)
– dalam proses untuk dapatkan lebih ramai tukang masak untuk berkhidmat di kafe ktdi.

Cadangan yang diberikan:
– masih perlu menghidangkan menu buffet pada sebelah petang/malam.
– lauk perlu diperbanyakkan lagi pilihan dan kuantiti.

2. Harga makanan mahal dan tidak diselaraskan

Aduan/Masalah:
– Harga lauk yang tidak berpatutan dengan saiz/kuantiti lauk/makanan.
– harga air berbeza untuk cawan dan bungkus. air dalam bungkusan lebih mahal.
– harga air buah tidak berpatutan dan tawar.

Tindakan yang telah dilakukan/yang akan diambil:
– harga makanan/lauk sudah mulai turun, akan tetapi masih tidak lagi diselaraskan mengikut saiz/kuantiti makanan.
– Harga syiling yang dikeluarkan oleh unit bendahari UKM Bangi digunapakai sebagai rujukan.
– harga makanan telah dipamerkan.
– harga air yang dibungkus lebih mahal sedikit kerana kuantitinya lebih banyak berbanding air dalam cawan.
– air yang tawar, dan harga yang tidak diselaraskan harganya, akan dipantau semula oleh pn ani.
– harga makanan akan dipantau dari masa ke semasa.

3. tiada jualan roti gardenia, air mineral, top-up, newspaper.

Tindakan yang telah dilakukan:
– pihak cafe telah mulai menjual newsapaper dan air mineral.
– dalam proses untuk set up jualan roti gardenia/nestle, untuk dapatkan pembekal.
*masalah lambat untuk dapatkan pembekal, kerana terdapat masalah perhubungan. pihak kolej dalam proses untuk menyediakan telefon khas di kafe bagi memudahkan urusan.

– perancangan: dapatkan mesin jual top-up.
– roti manis/roti sweetie, air tin, air kotak, sudah mulai dijual.

4. Kawasan persekitaran kafe.

Tindakan yang telah dilakukan:
– meletakkan tv/astro telah dipasangkan.
– lampu-lampu yang menarik.
-kebersihan kawasan kelihatan terjaga.

Cadangan yang diberikan:
– meletakkan alas meja agar kelihatan lebih ceria.
– tukar susunan meja/stall mengikut kreativiti.

*pihak kolej akan meletakkan tv yang lebih besar.
masih dalam perancangan untuk memindahkan tv yang ada di foyer ktdi, untuk diletakkan di kafe.

5. Waktu operasi kafe:

buka: 7am – breakfast
waktu pagi dan 3pm – waktu lauk dikeluarkan
5pm – mula masak untuk petang/malam – burger, masakan panas, roti canai
tutup:11pm

Cadangan yang diberikan:
– terdapat staff yang on call waktu malam, mencadangkan agar pihak kafe menyediakan sistem penghantaran order makanan di waktu malam.
– mencadangkan cafe mewarwarkan iklan mengenai sisitem penghantaran order tersebut di hospital/staff-staff.

terima kasih kepada semua pelajar yang sudi memberi aduan/cadangan.
pihak JAKSA akan terus memantau sepanjang kafe beroperasi.
Pn Noraini amat berbesar hati dan menerima komen anda dengan baik.
diharapkan warga kolej memberi masa dan peluang pada beliau untuk memperbaiki lagi kafe ktdi dari masa ke semasa.

sekian, terima kasih.





Kecurian Lagi!!

2 10 2009

Salam/Sejahtera.. Kepada semua warga KTDI.. Adalah dimaklumkan bahawa satu lagi kecurian telah berlaku di blok A1. Waktu kejadian adalah sekitar jam 6.00-6.45pm. Barang kecurian LAPTOP dan BEG. dan suspek dipercayai terdiri daripada kalangan warga KTDI berdasarkan maklumat kejadian.

Kami memohon semua warga KTDI untuk bersama-sama kami menangkap pencuri jahanam ini.. Kepada mereka yang memberi maklumat sehingga berjaya tertangkapnya PENJENAYAH ini, kami akan memberikan anda ganjaran sewajarnya.
Kami memerlukan maklumat tentang:
1. rakan anda yang mempunyai master key
2. rakan anda yang keluar dalam keadaan mencurigakan petang jam 6.00pm-6.45pm ptg td.
3. rakan anda yang anda curigakan sedang melakukan gejala tidak bermoral ini.

Tolong bantu kami untuk menangkap si PENJENAYAH ini.. Jika anda benarkan sayang rakan anda, berikan maklumat kepada kami.. Kita akan pastikan penejanayah ini menerima hukuman selayaknya

Sila berikan maklumat itu ke talian
013-3574279
016-6358887