Biodata Tun

BIODATA TUN DR. ISMAIL

 

 

 

Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Haji Abdul Rahman dilahirkan dari keluarga pada 4 November 1915 di Johor Baharu, Johor. Beliau menerima pendidikan awalnya di sekolah Bukit Zaharah Johor Baharu dan kemudiannya di Maktab Inggeris Johor Baharu. Setelah tamat pengajian peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dari tahun 1935 hingga1937. Semasa usia beliau menjangkau 28 tahun (1934), beliaumeneruskan pengajian dalam bidang perubatan di University of Melbourne, Australia. Berkat usaha yang tidak kenal jemu, beliau muncul sebagai anak melayu yang pertama mendapat ijazah Doktor Perubatan dari universiti tersebut pada tahun 1945. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin bt Dato’ Mohd Seth dan dikurniakan 6 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 2 perempuan. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun.

 

Mengimbas kembali jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Allahyarham, beliau pernah dilantik menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan kemudian sebagai Majlis Kerja Kerajaan Johor (EXCO) padaa tahun 1948. Pada tahun 1951, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang Pertama. Pada 1 Januari 1956, beliau turut serta dalam rombongan ke London untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Pada 31 Ogos 1957 (setelah merdeka), beliau bertugas sebagai Menteri tak Berjawatan dan kemudian sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat. Beliau juga berperanan sebagai wakil tetap Negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959juga, beliau diberi amanah sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada Tahun 1960, beliau dilatik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan 3 tahun kemudian ditugaskan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada tahun 1970, beliau telah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan Negara. Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Di samping itu, beliau turut menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

 

Bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau sebagai seorang tokoh politik yang ulung, beliau telh dianugerahkan pingat Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Malaya pada Jun 1964, Anugerah Kehormat dari pemerintah Vietnam (‘Vietnam National Order Grand Officer’) oleh kerajaan Republik Vietnam, Bintang Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johot (SPMJ), kedua-duanya dlam bulan oktober 1965 dan Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang DiPertuan Agongpada April 1966, yang membawa gelaran Tun kepada beliau. Beliau juga mendapat Anugerah Bintang Republik Indonesia dari Presiden Sukarno pada Mac 1970 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Sains Malaysia pada Jun 1973.

 

            Sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap tanah air amatlah besar. Sumbangan terbesar beliau adalah dalam menuntut hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan menawarkan khidmat bakti agar perkembangan peribadi nusa dan bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan Negara terlaksana dengan sepenuhnya. Kini, Negara kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan unggul.

 

            Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.

 

 

 

 

edited by,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: