Ai Dot Com KTDI Kini Beroperasi!!

30 07 2009

Add an Image

Sebarang pertanyaan bolehlah ditujukan kepada:

Gee Hui Fang (JAKSA Keusahawanan)

Noorfaizatul Hanim Md Nawawi (JAKSA Akedemik)

Advertisements




JADUAL SUKEM

23 07 2009

Add an Image





SUKEM!!

23 07 2009

Add an Image





Pertandingan ej-Inforace KTDI

17 07 2009

hi..

kepada semua warga kolej,

Satu Pertandingan ej (e-journal) Inforace bagi KTDI sempena  KARNIVAL ICT PESTA KONVO UKM  akan diadakan pada 5 Ogos 2009. Penyertaan terhad kepada 11 kumpulan berpasangan (22 peserta) dan setiap kumpulan wajib mengikuti Bengkel Kemahiran Maklumat (BKM) e-j Inforace pada 30 Julai 2009 sebagai  persediaan peserta bagi pertandingan e-j Inforace KTDI.

Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dan terpantas  akan mendapat hadiah Winner of the Day (hadiah yang menarik) dan seterusnya layak untuk bersaing dengan kumpulan lain dari Kolej lain di PERINGKAT UKM bagi merebut 8 hadiah utama yang menarik.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan,  anda boleh ajukan kepada:

Jonathan (0165831957, loosin_lifes@yahoo.com) atau

Hanim(0198002408, nfh_hanim89@yahoo.com)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27hb Julai 2009.

sekian.





Format Baru Laporan Program Dalam Kolej

16 07 2009

HI,

kepada semua warga kolej,

Format baru untuk semua laporan program dalam kolej (JAKSA, PERSIAP, AMSA, dan PPK), boleh di download mengikut links di bawah ini.

1. Borang Penilaian Aktiviti Pelajar

2. Format Laporan Aktiviti Pelajar

3. Muka depan Laporan

sekian.





Pecahan Pengunaan Yuran Jaksa

16 07 2009

Kepada semua warga kolej  KTDI dan kediaman luar,

Untuk pengetahuan semua yuran sebanyak RM100.00 / sesi dikenakan bagi tujuan aktiviti kolej. Adalah menjadi tanggungjawab JAKSA dan pentadbiran kolej untuk menguruskan wang tersebut sebaik mungkin. Di sini, JAKSA ingin memberitahu pecahan penggunaan bagi setiap ringgit yang dibayar.

BIL. PERKARA DAN PERINCIAN

PERATUSAN (%)

JUMLAH (RM)

1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

10

10

-Pentadbiran Biro-Biro

-Fotostat bagi Program JAKSA

2. PROGRAM DAN AKTIVITI

70

70

-Program JAKSA & kerjasama MOU

(Jumlah : 29)

-Majalah kolej

-Makan malam Kolej

3. KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

10

10

-Surat khabar

-Langganan majalah pusat sumber

-ASTRO

-“landyard”

4. SUMBANGAN

5

5

-diberikan kepada program bukan anjuran/pantauan JAKSA
5. KECEMASAN DAN RENCAM

5

5

-*Panjar wang runcit

(perbelanjaan bagi program JAKSA yang memerlukan wang segera dalam jumlah yang kecil)

JUMLAH

100

100

*jumlah kurang daripada RM1000 dan tertakluk kepada syarat-syarat perbelanjaan

Sejumlah lebih daripada 50% daripada wang anda diperuntukkan dalam program anjuran JAKSA. Oleh itu kami amat mengalu-alukan agar anda dapat menyertai program-program tersebut kerana anda sendiri yang membiayainya.

Pertanyaan dan cadangan boleh terus berhubung dengan: Nor Zulaikha Jamaludin ,

Bendahari JAKSA (013 2110243)





MASALAH AKAUN UKM JARING Bagi Penghuni Baru Kolej Utama KTDI

15 07 2009

Add an Image

Hi..

Bagi mereka yang baru berpindah masuk ke kolej utama, pastinya anda menghadapi masalah untuk mengaktifkan akaun WIFI UKM-JARING.

Ini adalah kerana pihak Pusat Teknologi Maklumat di Bangi masih dalam proses menghantar database penghuni baru Kolej kediaman di seluruh bangi termasuk KTDI. Pihak PTM Bangi menjanjikan bahawa masalah ini akan selesai dalam minggu hadapan, tarikh yang diberi ialah pada 23 Julai 2009. Selepas tarikh ini, jika masalah masih tidak selesai, pihak JAKSA akan mengambil tindakan terhadap pihak PTM Bangi.

Maka dipohon kesabaran dan kerjasama kepada semua penghuni baru KTDI yang menghadapi masalah ini.

“Ke Arah Kolej Berwawasan dan Mahasiswa Berwibawa”