Senarai nama pelajar tahun 3 sesi 09/10 mengikut tempat penginapan

7 05 2009

Merujuk kepada tajuk di atas,

Senarai nama pelajar Tahun 3 sesi 2009/2010 Fakulti Perubatan mengikut tempat penginapan samada di Kolej Tun Dr Ismail (Kolej Utama) atau (Kolej Luar)

Untuk semak senarai nama & penginapan, sila klik link ini

Tarikh Pendaftran bagi Tahun 3 : 13 Mei 2009

Harap Maklum.





Notis Pendaftaran KTDI sesi 2009/2010

1 04 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 

Sila buat pendaftaran bagi bilik di KTDI UKM yang akan anda duduki pada sesi 2009/2010 mengikut tarikh yang dinyatakan seperti berikut:

 

Pendaftaran Pelajar Perubatan  Tahun 5

Tarikh : 1 hb April 2009 – 7hb April 2009

 

Pendaftaran pelajar Perubatan Tahun 4

Tarikh : 13hb April 2009 –  1 hb May 2009

 

Pendaftaran pelajar Perubatan Tahun 3

Tarikh : 13hb May 2009

 

PERHATIAN:

Sila ambil perhatian kepada semua pelajar, Sila mendaftar dalam tempoh masa atau tarikh seperti yang telah ditetapkan.

bagi Pelajar TAHUN 3 & 4, Senarai pelajar yang dapat duduk di Kolej Kediaman KTDI UKM akan dikeluarkan sebelum tarikh pendaftran. Sila rujuk kembali web atau papan kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.

 

HARAP MAKLUM





Permohonan penginapan Kolej Kediaman sesi 2009/2010

4 03 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kini, sudah berakhir peperiksaan akhir semester bagi pelajar tahun 3 & 4 perubatan. Manakala, peljar tahun akhir akann menduduki peperiksaan ikhtisas pada minggu hadapan bersamaaan 9/03/09

 

Merujuk kepada tajuk di atas, Permohonan bagi penginapan kolej kediaman sesi 2009/2010 akan dibuat melalui laman web.

Maklumat proses permohonan penginapan kolej kediaman adalah seperti berikut;-

Alamat laman web: http://www.ukm.my/upp

tarikh mula : 02 Mac 2009

Tarikh tamat : 13 Mac 2009

kolej      : Sema Kolej kediaman

Kaedah    : Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah di klik ‘Hantar” dan cetak (untuk simpanan saudara/saudari).

Semua pelajar dinasihatkan membuat permohonan dalam tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh tersebut permohonan tidak akan diterima. Sekiranya saudara/i menghadapi masalah membuat permohonan, sila berhubung dengan pejabat kolej kediaman atau unit perumahan pelajar.

 

pesanan dari Pengetua Kediaman , Unit perumahan pelajar & JAKSA KTDI.





Good luck in exam to all medical students

22 02 2009

exam21

Tanggal 23/2 Feb, 

bermulala rutin biasa bagi semua insan bergelar pelajar iaitu peperiksaan.

Kepada Pelajar tahun 3 fakulti perubatan UKM, selamat menempuh peperiksaan akhir semester 2 dan semoga kejayaan bersama dengan anda.

SEMOGA BERJAYA diucapkan kepada semua & seterusnya naik ke tahun 4.

ALL THE BEST!!!

 

Manakala, kepada pelajar tahun 4 perubatan pula,

hasil penat lelah & usaha anda telah terjawab dengan keluarnya keputusan peperiksaan akhir semester.

TAHNIAH diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya melepasi satu lagi halangan (peperiksaan) tetapi masih banyak lagi dugaan & halangan yang perlu ditempuh dalam masa yang terdekat ini. Marilah sama kita melengkapkan diri dalam menempuh tahun akhir di fakulti ini.

kepada rakan2 yg kurang bernasib baik, kena mengulang posting2 tertentu, di ucapkan juga selamat berjaya & jangan mudah putus asa. Mungkin ada hikmah disebaliknya anggaplah ia sekadar ulangkaji untuk menjadikan anda lebih baik. ALL THE BEST juga kepada semua.

 

Kepada pelajar tahun 5 pula yang sedang sibuk meng ulangkaji untuk ikhtisas akhir (professional exam)…

berusaha sedaya yang boleh & semoga berjaya juga diucapkan dlm peperiksaan akhir ini sebelum bergelar graduan seterusnya doktor perubatan.

 

success_failure

” kita yang hanya boleh berusaha samaada kita hendak menuju ke arah kejayaan ataupun kegagalan, manakala TUHAN yang menentukan hasilnya”

oleh itu, bersama2 kita berdoa & bertawakkal semoga kita berjaya.

amin….





Borang permohonan JAKSA sesi 2009/2010

23 01 2009

PERHATIAN

Kepada semua pelajar Fakulti Perubatan Tahun 2 & 3 yang berminat untuk memohon sebagai JAKSA KTDI (Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i) Kolej Tun Dr Ismail, abgi sesi 2009/2010, SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN JAKSA di Pejabat KTDI  ataupun daripada wakil-wakil JAKSA seperti di bawah

1. Mohd Shahrul Suondoh

2. Mohd Zulhilmy bin Mohd Khalid

3. MOhd Subhan Safie

 

Sila PULANGKAN BORANG tersebut terus ke PEJABAT KTDI SEBELUM ATAU PADA 12 FEBUARI 2009

-Harap Maklum-





Hari Keluarga KTDI 2008/2009

30 10 2008

 

 

APARTMENT PALING CERIA!!!!

Kriteria Pemarkahan:

  • Kebersihan
  • Kecerian
  • Kreativiti

Penilaian        :

– Peringkat Saringan   2/ 11/ 08

– peringkat Akhir        15/ 11/ 08 

“Penyertaan Setiap Rumah adalah diwajibkan sempena HARI KELUARGA KTDI 2008/2009”

* Hadiah Menarik Disediakan

 





Semoga Berjaya kepada tahun 3

24 09 2008

Walaupun sudah agak terlambat untuk mengucapkan semoga berjaya kepada pelajar tahun 3 yang menduduki peperiksaan klinikal buat pertama kalinya pada tahun ini. semoga segala penat lelah dan usaha anda semua berbaloi dengan memperolehi keputusan yang cemerlang. setelah berusaha, bertawakallah dan berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang atau setidak-tidaknya lulus.





1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-51 2. Semoga Berjaya 3. Selamat Berpuasa kepada muslimin & muslimat warga kolej KTDI

29 08 2008

1. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke -51

 

Moto untuk tahun ini ialah “Unity is The Pillar of Success” atau Perpaduan Teras Kejayaan . Semoga kita semua bebas dan merdeka dari pelbagai aspek terutamanya aspek mentality. kepada yang ada masa terluang silalah sertai program yang telah diatur untuk sambutan kemerdekaan kerjasama antara JAKSA KTDI & Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK). untuk maklumat lanjut sila, rujuk notis yang ditampal di setiap blok.

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

 

2. Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kerpada pelajar tahun perubatan tahun 4 yang akan bermula mulai 2/9/08. semoga anda semua dapat menjawab dengan dengan tenang & dipermudahkan. Seterusnya , mendapat keputusan yang cemerlang. Kami mendoakan kejayaan anda semua.

 

 

3. Selamat menyambut bulan Ramadhan & ibadah Puasa

Kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga KTDI yang beragama Islam. Semoga bulan yang penuh berkat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menambah iman dan amal. Sepanjang bulan ramadhan ini, pihak kolej & surau al-razi ada mengadakan pelbagai program (IHYA RAMADHAN). bagi mereka yang mempunyai kelapangan masa Bolehlah menyertai program ini . Sebarang program atau aktiviti akan ditampal pada papan kenyataan setiap blok. Harap maklum.

Majlis Berbuka PUasa Bersama Dekan & Pengarah UKMMC pada 4/9/08. Majlis ini wajib dihadiri oleh semua pelajar Kejururawatan tahun 1 & pelajar perubatan tahun 3. Pelajar yang lain juga dijemput hadir ke majlis berkenaan. (pelajar tahun 4, 5 dan pelajar kejururawatan tahun 2,3). Bersama-sama kita memeriahkan majlis ini.

4. Tahniah kepada PERSIAP kerana berjaya menganjurkan program Warisan Mesra dengan jayanya. Terima Kasih kepada semua pelajar yg terlibat secara lansung atau tidak langsung. Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

 

* sebarang notis tertakluk kepada pindaan. maklumat lanjut sila rujuk notis di setiap blok.

TERIMA KASIH





repost: template cwu

14 07 2008
refer from the title above, this is a link to download case write up template and if you can’t download through this link, you just can download it at the download corner at the left side of this website.Medical Ethic Year 3 ,Case Write-up , PPD Assessment Form and workshop question for internal medicine posting
atau klik link berikut:

Notes Download (Old)

Medical Ethic Year 3

Notes Name : Medical Act 1971 & CPC 1974

Lecturer : Assoc. Prof. Dr. Harlina Halizah Hj Siraj


Tahun 3

Download (Old)

Please retrive the softcopy of

Case Write-up
Case Write-up Form

PPD Assessment Form
Assessment Form for Supervisor

YEAR 3
Cardiology Workshop

Dermatology and Rheumatology Workshop

Endocrinology Workshop

Neurology Workshop

Respiratory Workshop – update – 25 April 2008

Nephrology Workshop

Infectious Disease and Haematology Workshop

Gastroenterology Workshop

sources; http://www.medicine.ukm.my/opencms/opencms/Medical_Education/Education/Undergraduate

tq,
mfk