HASIL MESYUARAT KESELAMATAN DAN PENYELANGGARAAN KOLEJ BIL 02/09

26 08 2009

Makluman kepada semua warga kolej. Berikut adalah hasil mesyuarat Keselamatan dan Penyelanggaraan Kolej yang telah dianjurkan oleh pentadbiran KOLEJ dan JAKSA yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Noorimi Bt Haji Murad, Ketua Pegawai Operasi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

KESELAMATAN

  1. Masalah parking pelajar dan ruang jalan yang menjadi sempit disebabkan kereta staf yang memenuhi ruang kolej ketika waktu bekerja. Ini menyebabkan kesusahan kepada mereka yang mempunyai urusan yang memerlukan penggunaan kereta disamping mengelakkan kerosakan yang berlaku hasil daripada pertindihan kereta yang rapat di ruangan parking

Tindakan Keselamatan:

a)      Pegawai keselamatan akan diletakkan bagi menjaga lalu lintas dan tidak membenarkan kereta Zon lain memasuki Zon Pelajar

  1. Masalah motosikal/kereta yang tidak disaring yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah keselamatan dan kebajikan pelajar.

Tindakan Keselamatan:

a)      Pihak keselamatan menjanjikan akan berusaha untuk melakukan penguatkuasaan undang-undang.

Tindakan Pelajar:

a)      Sila pastikan semua kenderaan anda mempunyai sticker Keselamatan dan Sticker parking .

b)      Sila pastikan anda membawa kad matrik bagi mereka yang menaiki TEKSI. Jika GAGAL berbuat demikian, TEKSI tidak akan dibenarkan masuk

  1. Laluan belakang yang menghubungkan Laman Midah/ Prisma ke HUKM tidak dijaga menyebabkan banyak orang luar yang memasuki menggunakan laluan itu. Kolej mengalami masalah keselamatan dan kebajikan berhubung dengan perkara itu.

Tindakan Keselamatan:

a)      Pihak keselamatan menjanjikan akan berusaha untuk melakukan penguatkuasaan undang-undang.

b)      Mereka yang dibenarkan melalui jalan itu hanya kakitangan yang membawa kad matrik.

c)      Tempoh penguatkuasaan yang sebelum ini hanya selepas jam 11 akan ditukar kepada 24 jam

Tindakan Pelajar:

c)      Sila pastikan anda sentiasa membawa kad matrik anda jika ingin melalui jalan itu tidak kira siang atau malam

  1. Masalah pekerja/orang luar yang menggunakan kemudahan kolej dan menimbulkan kerosakan dan gangguan.

Tindakan Keselamatan

a)      Keselamatan berjanji untuk berusah menguatkuasakan dikalangan guard keselamatan agar tangkapan dan teguran akan dibuat kepada mereka yang berkenaan.

Tindakan Pelajar

a)      Pastikan anda melaporkan kepada JAKSA, FELO atau KESELAMATAN jika mendapati berlaku kejadian diatas. JANGAN AMBIL TINDAKAN SENDIRI, ia bopleh mengundang bahaya kepada anda.

  1. Masalah sikap dan tingkahlaku pelajar berkenaan keselamatan. Beberapa kesalahan yang dikenal pasti adalah
    1. pelajar didapati membawa teman yang berlainan jantina masuk kedalam Bilik tidak kira di Kolej Utama, Laman Midah, Prisma Perdana dan Asrama Jururawat. Terdapat 3 kes yang telah ditangkap, dikenal pasti dan dibuktikan kesalahan mereka.
    2. Pelajar berdua-duan dalam keadaan mencurigakan ditempat gelap/dalam kenderaan.
    3. Memakai pakaian yang menjolok mata ketika berkeliaran di kawasan kolej

Tindakan Keselamatan

a)      Pihak Keselamatan akan membuat serbuan kepada mana-mana kawasan/bilik yang mencurigakan atau yang dilaporkan. Jika melibatkan kawasan kolej, pihak keselamatan akan bekerjasama dengan pentadbiran kolej.

b)      Pelajar yang memakai pakaian menjolok mata akan ditegur

Tindakan KOLEJ

a)      Bagi kes membawa masuk teman berlainan jantina, Pihak Kolej bersetuju mengenakan tindakan TEGAS kepada mereka yang dibuktikan melakukan kesalahan, mereka akan DIBUANG KOLEJ dan perlu mencari kediaman sendiri.

b)      Pelajar yang tidak melaporkan kejadian diatas namun berada dalam satu rumah/bilik akan dikira bersubahat

Tindakan Pelajar

b)      Pastikan anda melaporkan kepada JAKSA, FELO atau KESELAMATAN jika mendapati berlaku kejadian diatas.

c)      Pastikan anda tidak membawa teman yang berlainan jantina ke asrama kediaman.

d)      Sila jaga adab pemakaian anda ketika berada di KOLEJ.

PENYELENGGARAAN KOLEJ

  1. Masalah kerja-kerja pembaikan kolej yang memakan masa terlalu lama sehingga berbulan-bulan untuk mendapat respon. Ini menyebabkan kesusahan dan kemudaratan kepada semua penghuni kolej untuk menjalankan aktiviti seharian. Walaupun beberapa siri mesyuarat telah diadakan dengan pihak jabatan pengurusan bangunan, namun tindakan yang diambil tetap mendukacitakan. Beberapa masalah telah dikenal pasti antaranya
    1. Aduan dikumpul oleh pihak yang berkenaan
    2. Tiada jurutera yang memantau setiap hari bagi kerosakan di kolej
    3. Proses pembaikan yang memerlukan sebut harga meneybabkan proses menjadi lambat.
    4. Pengurusan yang tidak professional daripada pihak yang berkenaan
    5. Sistem yang mengatakan kerosakan sudah dibaiki namun sebenarnya belum.

Tindakan Dato’

a) Telah mendapat aduan yang sama juga bagi kerja-kerja di PPUKM. Berjanji akan menyiasat perkara ini dengan pihak berkenaan dan bertindak lebih tegas

b) Bersetuju untuk memastikan ada jurutera yang akan memantau dari hari ke hari tentang kerosakan di kolej dan boleh repon kepada kerosakan dengan lebih cepat.

c) Mengambil perhatian tentang masalah ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

Tindakan Pelajar

a) Terus melaporkan kepada KOLEJ bagi setiap kerosakan.

b) Laporkan kepada JAKSA bagi kerosakan yang sudah dilaporkan namun tidak mendapat respon.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: