Kelebihan Merit JAKSA..

9 06 2009

Misi dan Dasar JAKSA sebagai non-profit organization yang membantu pihak Univesiti dan pentadbiran Kolej dalam membantu melancarkan pengurusan kebajikan mahasiswa/i yang menetap di kolej kediaman supaya segala keperluan mereka terjamin dan dapat menetap dalam suasana yang penuh kondusif dan selesa.

Pendapatan JAKSA(Yuran kolej JAKSA) yang dikumpul berdasarkan sesi diterjemahkan kepada warga kolej dalam bentuk program, aktiviti, perkhidmatan mahupun apa-apa sumbangan yang dapat membawa manfaat kepada pelajar. Pendapatan bagi setiap sesi akan digunakan sebaiknya bagi kegunaan dan kemudahan program/ perkhidmatan bagi memastikan warga kolej kediaman mampu mengambil manfaat daripadanya. Peruntukan yang sedikit sahaja yang ditinggalkan bagi kegunaan kecemasan program/perkhidmatan

Misi dan Matlamat JAKSA sinonim dengan matlamat kerajaan di mana-mana Negeri mahupun mana-mana syarikat. Setiap kakitangan kerajaan, anak jati negeri, atau kakitangan swasta akan menerima kelebihan apabila menyumbang khidmat baktinya kepada kerajaan, negeri kelahirannya dan syarikatnya. Kelebihan ini bertujuan bagi menarik minat dan kerjasama setiap penghuni dalam bersama-sama menyumbang dan membantu membangunkan setiap pertubuhan yang menguruskan kewangan tersebut. Kelebihan ini tidak dinikmati oleh mereka yang bukan ahli walaupun mereka tinggal di kawasan mahupun tempat tersebut.

Hasil kajian post-mortem JAKSA kepada Pentadbiran Kolej, banyak program yang disediakan kepada pelajar-pelajar tidak mendapat sambutan yang baik daripada setiap warga KTDI. Pembaziran berlaku kerana program yang diterjemahkan hasil daripada bayaran pelajar tidak dihadiri dan dimanfaatkan oleh pelajar walaupun kelemahan program, telah diatasi. Sehubungan dengan itu, Pihak Pentadbiran Kolej telah bersetuju untuk memastikan satu tindakan  diambil bagi memastikan dan meningkatkan daya tarikan mahasiswa/I untuk hadir ke program yang dibiayai oleh mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, kelebihan diberikan di sudut MERIT berdasarkan arahan Pentadbiran Kolej kepada JAKSA bagi mereka yang bersama-sama membantu menjayakan program JAKSA yang dasar program diadakan berbeza dengan dasar mana-mana persatuan dan kelab . di Pihak JAKSA, arahan yang diterima di proses dan keputusan nilai kelebihan merit dibuat berdasarkan nilai yang difikirkan lebih adil dalam maslahah (situasi) yang diterima selain menggalakkan persaingan sihat kepada mana-mana persatuan dan kelab yang berlainan sistem pengurusannya dengan JAKSA.

Maka hasil yang dispekati ialah kelebihan merit +5 diberikan kepada semua warga yang membantu Kolej menjayakan Misi dan Dasar Kolej. Selamat menikmati kelebihan ini. semoga kelebihan ini boleh digunakan oleh mahsiswa untuk merancang pemarkahan merit mereka lebih baik apabila terlepas kepada satu-satu program yang diadakan

# Segala perubahan kepada sistem ini adalah tertakluk kepada arahan Universiti, Pengetua Kolej mewakili Pentadbiran Kolej. Segala surat menyurat boleh di salurkan kepada mereka yang berkenaan. Harap maklum.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: