KTDI jaring Wifi

29 01 2009

ktdi jaring wifi

ktdi jaring wifi

Pemberitahuan….

Khabar gembira untuk penghuni Kolej Tun Dr Ismail UKM, kini kolej kita dilengkapi dengan kemudahan WIFI yang boleh diakses di setiap blok mahupun di Ibnu Sina, dengan kata mudah ada semua boleh mengakses internet di mana-mana sahaja anda berada dalam bilik, di bilik diskusi dan sebagainya (tempat – tempat yang boleh mencapai wireless jaring ini didalam kolej ini).

Disamping itu juga, kemudahan LAN Networking juga akan diteruskan seperti biasa. Ini bermakna anda semua boleh mempunyai dua pilihan untuk mengakses internet. Anda hanya perlu masuk kan user name & password.

Diharapkan semua boleh memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan ini sebaik-baiknya dan gunakanlah untuk kebaikan.

“Ke arah Mahasiswa yang berteknologi”

Harap Maklum.

Exco Informasi & penerbitan


Actions

Information

5 responses

4 02 2009
NURUL SAQINA BT RAHMAN

assalamualaikum..
saya ingin bertanyakan mengapa di asrama jururawat tiada line KTDI.jaring?
sedangkan hanya kawasan -kawasan tertentu sahaja yang dapat. diharapkan pihak anda dapat melaksanakan secepat mungkin kerana kami yang tinggal di asrama jururawat memerlukan line internet untuk tujuan mencari maklumat. Jika di KTDI sahaja sehingga pelosok bilik boleh dapat line internet tersebut, mengapa kami sebagai pelajat jururawat dalam fakulti perubatan tidak dapat?harap pihak anda dapat lunaskan dengan kadar segera. saya juga sebagai Exco Media dan Publisiti ingin bertanyakan soalan mengapa ruangan dalam tag line nursing kosong sahaja sedangkan kami telah memberikan maklumat sejak dari tahun lepas. harap komen saya dapat dibalas…

pelajar kejururawatan..

6 02 2009
alif,amir,acap(bukan nama sebenar)

kami kat laman midah pun xdpt.mahal tau nk byr streamyx tiap2 bulan

15 02 2009
yan

nak tanya..apa status wireless nie ye?kena bayar atau free…klu kena bayar apa ‘modus operandi’nya..brape? jika dikenakan bayaran, bagaimana nak batalkan account klu kte xmahu menggunakannya?

17 02 2009
ktdippukm

to yan or mizah;
juga kepada semua warga kolej ktdi;
mengikut pengetahuan saya, yuran utk wifi diktdi dikenakan bayaran sebanyak RM90 untuk setahun yg akan terus di kenakan dlm bayaran yuran…
modus operandi nya boleh dilihat apabila anda hendak membuat connection dimana anda dikenakan mebuat satu id user & password dengan beberapa langkah2 tertentu…
keterangan lanjut boleh dilihat apabila hendak membuat connection dengan wireless.
mengenai pembatalan account itu, saya tidak berapa pasti & akan bertanya kepada pihak yg berkenaan utk maklumat lanjut. sebarang perkembangan akan diberitahu kemudian.

harap anda berpuas hati dgn jawapan ringkas yg diberikan utk sementara waktu ini

harap maklum

11 06 2009
ling

LAN akan diteruskan seperti biasa ?
Akan tetapi, LAN di blok C5 macam tak berfungsi, minta tolong check statusnya? Hal ini disebabkan kelajuan Wifi semakin lambat dan memang mengganggu progression kerja.saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: