1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-51 2. Semoga Berjaya 3. Selamat Berpuasa kepada muslimin & muslimat warga kolej KTDI

29 08 2008

1. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke -51

 

Moto untuk tahun ini ialah “Unity is The Pillar of Success” atau Perpaduan Teras Kejayaan . Semoga kita semua bebas dan merdeka dari pelbagai aspek terutamanya aspek mentality. kepada yang ada masa terluang silalah sertai program yang telah diatur untuk sambutan kemerdekaan kerjasama antara JAKSA KTDI & Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK). untuk maklumat lanjut sila, rujuk notis yang ditampal di setiap blok.

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

 

2. Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kerpada pelajar tahun perubatan tahun 4 yang akan bermula mulai 2/9/08. semoga anda semua dapat menjawab dengan dengan tenang & dipermudahkan. Seterusnya , mendapat keputusan yang cemerlang. Kami mendoakan kejayaan anda semua.

 

 

3. Selamat menyambut bulan Ramadhan & ibadah Puasa

Kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga KTDI yang beragama Islam. Semoga bulan yang penuh berkat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menambah iman dan amal. Sepanjang bulan ramadhan ini, pihak kolej & surau al-razi ada mengadakan pelbagai program (IHYA RAMADHAN). bagi mereka yang mempunyai kelapangan masa Bolehlah menyertai program ini . Sebarang program atau aktiviti akan ditampal pada papan kenyataan setiap blok. Harap maklum.

Majlis Berbuka PUasa Bersama Dekan & Pengarah UKMMC pada 4/9/08. Majlis ini wajib dihadiri oleh semua pelajar Kejururawatan tahun 1 & pelajar perubatan tahun 3. Pelajar yang lain juga dijemput hadir ke majlis berkenaan. (pelajar tahun 4, 5 dan pelajar kejururawatan tahun 2,3). Bersama-sama kita memeriahkan majlis ini.

4. Tahniah kepada PERSIAP kerana berjaya menganjurkan program Warisan Mesra dengan jayanya. Terima Kasih kepada semua pelajar yg terlibat secara lansung atau tidak langsung. Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

 

* sebarang notis tertakluk kepada pindaan. maklumat lanjut sila rujuk notis di setiap blok.

TERIMA KASIH


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: