Kurang 9,000 pakar perubatan

6 05 2008

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 27 April – Negara masih memerlukan seramai 9,000 pakar perubatan bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam bidang itu untuk memenuhi keperluan kesihatan rakyat di hospital
dan klinik kerajaan di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai
berkata, jumlah itu mewakili 40 peratus jawatan yang diperlukan di pusat kesihatan awam berkenaan manakala 60 peratus lagi telah pun diisi sejak tahun 2003.Katanya, kekurangan itu disebabkan faktor gaji yang rendah di negara ini sehingga pakar perubatan lebih cenderung menawarkan perkhidmatan di luar negara yang gajinya jauh lebih lumayan. Malah, ujarnya, kekurangan tersebut turut berlaku apabila ada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi di luar negara tidak layak menjadi pegawai perubatan kerana kelayakan mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan.
               Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan program bagi menggalakkan doktor pakar Malaysia di seberang laut kembali berkhidmat di negara ini dengan mengkaji semua bayaran gaji danmenempatkan gred mereka sehingga kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C hingga A. Tiong Lai berkata demikian kepada
pemberita selepas merasmikan MesyuaratAgung Tahunan (AGM) Persatuan BekasPelajar Malaysia Universiti Taiwan disini hari ini.
“Setakat ini, seramai 112 orang telah kembali untuk berkhidmat di negara ini sebagai doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pembedahan, pergigiandan sebagainya.
“Bagi pelajar yang kelayakan mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan pula, kita telah perkenalkan peperiksaan khas dan sekiranya mereka lulus, mereka boleh berkhidmat sebagai pengamal perubatan di hospital dan klinik awam sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah
kekurangan tenaga pakar,” katanya.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, pihaknya turut menggalakkan pakar perubatan sama ada dari sektor swasta atau pegawai perubatan yang telah bersara supaya dapat melakukan kerja sukarela bagi membantu operasi hospital dan klinik kerajaan. Katanya, langkah itu bukan bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pakar tetapi dianggap sebagai ‘khidmat negara’ bagi membantu kerajaan dan rakyat untuk sama-sama meningkatkan taraf kesihatan negara ini.
“Kalau boleh saya harapkan golongan ini (pakar perubatan swasta dan bekas pegawai perubatan) dapat tampil membantu kerajaan misalnya sebulan sekali ataupun dua bulan sekali,” katanya.


Actions

Information

4 responses

7 05 2008
pabllox

adakah duit menjadi faktor seseorg tuh nk jd doktor..smer org ptt pk bnde ni..kerajaan pn kalo boleh tggikn gaji doktor kalo gaji menjadi faktor nape doktor xnk keje kt malaysia…bukan saje yg xnk keje kt malaysia..kalo keje kt malaysia smer nk pi keje kt swasta sbb gaji besar..rase2nye 1% je yg jd doktor sbb nk berkhidmat ngn tolg org rmikn..

9 07 2008
Hang Jibat

Assalamualaikum semua,

Setahun dua boleh la rasa gaji kecik takpe, nak berkhidmat untuk negara. Lama- lama rasa diri ni diperlekehkan. Mana nak boleh samakan doktor yang kena buat oncall on par dengan gaji cikgu yang kerja setengah hari. Lepas 9 tahun kerja, pindah sana, pindah sini, skill gaji masih di U41 jugak. Anak-anak makin besar, belanja makin meningkat. Expectation dari mak bapak lagi. Malu rasanya kalau balik kampung sekali sekala dapat hulur rm50 sahaja kat mak bapak!!! Kerja doktor, duit takde. Kalau boleh biarlah permata itu dinilai seadilnya. Nilaikan betul2 barulah kitorang tak lari. Takkan nak samakan standard sekolah teknik dengan university, bandingkan gaji pemain bola semipro ngan pro pun banyak beza. Dah 9 tahun, rasa cukup lah, kalau kat australia boleh offer rm30K sebulan, buat apa nak tunggu lagi bulan jatuh ke riba? Demgan paklah yang selalu tidur ni, lupakan jelah. Gaji besar boleh buat amal jariah lagi baik. Berbaloi rasa. Diri dah meningkat usia.

wassalamu

10 07 2008
Striker_77

Profesion Kedoktoran adalah antara profesion yang benar2 mencabar dan menuntut kesungguhan pengorbanan yang utuh.

Namun begitu adalah wajib bagi pihak kerajaan bagi menyediakan gaji dan kemudahan yang sesuai kepada para doktor bagi menghargai sumbangan besar mereka ke atas masyarakat.

Kenapa tidaknya sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan Kementerian Kesihatan kerap mengadakan kajian dan telah pun memberikan kenaikan elaun on call dan sebagainya serta kenaikan gred…

Namun begitu masih terdapat jurang yang besar jika dibandingkan dengan sektor swasta… Perkara ini harus dipandang teliti kerana ini merupakan faktor utama selain daripada beban kerja yang berat(masa berkerja yang lama dan pesakit yang ramai) menyebabkan ramai doktor beralih ke sektor swasta…

Bahkan kita kehilangan ramai doktor yang hebat yang sepatutnya menyumbang bakti di negara namun terpaksa bekerja di luar negara untuk membina kewangan yang kukuh sebelum pulang menabur bakti…

Meskipun pepatah melayu ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’ adalah tidak adil jika kerajaan mampu menyediakan insentif yang menarik untuk mereka sesungguhnya kita kerugian…

Mereka bukan sahaja untuk merawat pesakit di dalam negara bahkan merupa mereka yang sangat berpengalaman dengan pendedahan teknologi luar negara untuk membawa memperkenalkan teknologi dan pendekatan baru merawat pesakit serta mempelopori kajian2 baru yang spesifik ke atas warga Malaysia…

Bukan lah untuk mengadu tetapi untuk meminta difahami akan masalah yang dihadapi oleh para doktor meskipun sedar bahawa sebahagian besar merupakan tajaan JPA…

Melihat kepada sektor ekonomi negara yang masih utuh meskipun dihambat oleh pelbagai faktor global… Kerajaan Prihatin haruslah peka dan mengambil tindakan sewajarnya…

Ingatlah bahawa para doktor juga mengundi…….

4 02 2009
budak

ni la jadinya kalau kita bekerja kerana wang
hidup zaman sekarang mmg mati kalau xde duit
sebab 2 semua org pegi mane pun tercari-cari, terkejar2 mengumpul harta
mmg lumrah manusia nak hidup senang
tapi bagi pendapat saya la, doktor bukan satu pekerjaan tapi satu kehidupan
kalau anda faham dan betul2 faham, anda akan tahu apa yg saya maksudkan
susah sgt nak jumpa doktor yg 100% bekerja kerana kemanusiaan
kebanyakan jadikan doktor sbagai satu cita2, impian untuk mengubati pesakit, dan target untuk membuka klinik sendiri,mencipta nama dan mengumpul harta
xsalah bende ni, tapi kita perlu sedar apa tujuan profession ini diwujudkan?
manusia dicipta dengan sebab, there is a reason why we are created on this earth.
x semua orang berpeluang nak jadi doktor
golongan cerdik pandai la yg akan mewarisi semua ni
so..kita sebagai manusia, kene gunakan kebijaksanaan kita utk memanfaatkan manusia yg lain. ada hadis mengatakan manusia yg paling baik adalah manusia yg bermanfaat kepada manusia yg lain.
DOKTOR – 1 pekerjaan yg mulia
jgn bandingkan gaji doktor dengan mana2 profesion lain.
kita x perlu bandingkan semua ni sbb target kita bukan wang,
tetapi target kita nyawa manusia.
doktor bukan 1 pekerjaan, tapi 1 panggilan, yg x semua org dapat.
doktor bukan sekadar mengubati, kasi ubat..tak..
kita berkhidmat, kita memberi, kita menjadi org tgh antara pencipta dan manusia, kita membantu menyalamatkan nyawa, tapi bukan kita penentu ajal dan maut manusia..still kita berbalik kepada YAng Esa.
susah nak cakap,
tapi kesimpulan kat sini, kita kena tahu kenape kita yg dipilih utk jadi doktor
we are not choose, but we are chosen
tertulis qada dan qadarNya kita adalah seorang doktor.
kenapa?
fikir dan renungkan..
banyak doktor di luar sana sekadar tanya sakit ape, pastu bagi ubat
xramai yg bagi senyuman, xramai yg bekerja dengan senag hati
statistik sendiri menunjukkan doktor bekerja dalam tekanan
sikit sangat yg gembira dengan tugas mereka.
persoalan di sini bukannya wang,
selagi duit cukup utk menampung hidup, takde apa yg perlu dipersoalkan
kalau nak kaya, saya sarankan janganlah jadi doktor,
kerana ini akan membuatkan anda hidup dalam tekanan
kalau nak tgk pesakit yg layu kembali tersenyum, pesakit yg terlantar kembali berjalan, ambillah peluang utk menjadi doktor.
anda org yg kita cari.
insyaAllah jika hati ikhlas, niat betul, hidup akan tenang dan Allah akan kurniakan rezeki dari setiap sudut dan limpahkan redha menyelubungi hidup.
maaf dipinta, sekadar berkongsi..
__future doc__

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: