Kata-kata Aluan YDP KTDI

12 04 2008

Nafas Baru Buat KTDI 2008/2009 

 

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

    Pertama-tamanya syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya dpt disiapkan satu laman web buat tatapan semua warga KTDI. Seribu penghargaan diucapkan kepada saudara mfk, selaku pengerusi biro Multimedia dan Penerbitan atas usaha dan penat lelah yang dicurahkan dlm menyiapkan laman web ini.


    Dengan kewujudan laman web ini, saya berharap warga KTDI dapat memanfaatkannya untuk menyampaikan pendapat dan komen yang membina demi kebaikan bersama. Selaku pihak yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan saudara dan saudari, kami insyaAllah akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi segala tuntutan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kami. Kebajikan saudara saudari sentiasa menjadi perhatian kami.


    Dengan kewujudan laman web ini  juga, ia akan menjadi salah satu wahana untuk pihak JAKSA menyampaikan segala perkembangan dan maklumat-maklumat penting kolej kepada pelajar. Memandangkan kemudahan internet yang boleh didapati di bilik, kewujudan laman web ini adalah sangat relevan dalam membantu kami menjaga kebajikan warga kolej.



Buat semua warga kolej,

    Sehingga setakat ini, kami sudah mengenal pasti beberapa aspek yang perlu ditingkatkan seperti masalah aduan, sistem merit dan kerosakan-kerosakan teknikal. InsyaAllah, barang sebulan dua, tindakan akan diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. Adalah penting utk saya meyakinkan saudara saudari, bahawa kami sedang berusaha sehabis daya untuk kebaikan anda semua.


    Selain itu, kerjasama yang komprehensif telah pun dibentuk dengan organisasi-organisasi lain seperti PERSIAP, AMSA dan Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK). Kami melihat ini sangat penting demi kebaikan seluruh warga kolej di samping merapatkan jurang di antara pelajar perubatan dan kejururawatan.


    Akhir kata, saya mewakili semua JAKSA memohon bantuan dan sokongan padu rakan-rakan dalam usaha untuk merealisasikan segala apa yang telah dirancang. Seandainya ada kebaikan dlm perancangan kami, maka bantulah. Andainya ada kelemahan, maka tegurlah. Segala kekurangan yang ada, maaf jua kami pohonkan.
   

Sekian, terima kasih.

 

YDP KTDI,


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: