Logo

Logo

 

1.      Buku

Melambangkan  gedung ilmu pengetahuan di mana peranan utama Kolej Tun Dr. Ismail adalah sebagai penempatan pelajar Pengajian Tinggi dan Pusat Penyelidikan

 

2.      Perisai

Rupa bentuk perisai bererti keteguhan, kesedian dan kemantapan Kolej Tun Dr. Ismail dalam peranan dan cita-citanya sebagai pelajar Pusat Pengajian Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

3.      Harimau

Melambangkan keberanian dan kegagahan iaitu mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang ini menggambarkan kesediaan mara menyerang segala cabaran berlandaskan sains dan teknologi moden.

 

4.      Huruf  “V”

Bermaksud “Victory” iaitu kecemerlangan dan kegemilangan yang sememangnya tersemat di dada setiap warga kolej. Ianya merangkumi kecermelangan ilmu, peribadi dan penampilan dalam kehidupan.

 

5.      Obor

Sumber cahaya yang menerangi kehidupan. Ianya membantu dalam mencari erti kehidupan yang sebenar yang akan ditempuhi oleh setiap warga kolej.

 

6.      Aura Cahaya

Melambangkan cahaya dari obor menerangi seluruh pelusuk alam dan sebagai penyuluh seluruh liku-liku kehidupan.

 

7.      Cacing “ Dracunculus Medinensis”

Lambang Universal bagi nilai-nilai perubatan yang mampu memberikan kehidupan yang sihat dan sempurna bagi setiap permasalahan kesihatan. Ianya mencerminkan kolej sebagai tempat melahirkan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dalam bidang ilmu dan penyelidikan perubatan.

 

8.      Warna Lambang

Warna biru, merah, kuning dan putih mencerminkan warna universiti.

edited by,

Leave a comment