Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan
pihak jaksa berharap agar setiausaha setiap program dapat menghantar laporan program yang telah dijalankan sebelum 25 jun 2010 di bilik jaksa.
Polisi jaksa bagi sesi ini sama seperti sesi lepas iaitu laporan haruslah dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh program dijalankan.
Bagi fasa 1, pihak jaksa memberi peluang kepada para pelajar tempoh sehingga 25 jun bagi program yang telah dijalankan sepanjang bulan mei & jun. Bagi fasa berikutnya, tempoh yang diberikan adalah 2 minggu sahaja selepas tamat nya program. Laporan yang lewat tidak akan dilayan & merit juga tidak akan dikira.
Pihak jaksa berharap program berikut dapat menghantar laporan secepat mungkin:
1. Ceramah surau akidah (jaksa)
2. Core clinical course (persiap)
3. Life line 4 gaza (jaksa & mppukm)
4.majlis perasmian minggu mesra klinikal(mppukm)
5. Amsa conference (mei-june shj)
6. Pac (semoga su dapat berkerja keras..terima kasih)
7. Selain tu, sila hantar laporan secepat mungkin untuk disemak sebelum dapat merit diberikan
bagi setiausaha yang memerlukan format ( laporan, kertas kerja atau lain2), anda boleh mendapatkan hardcopy secara percuma di bilik jaksa. Pihak jaksa berbesar hati dapat menolong meringankan tugas anda. Sebarang masalah boleh terus merujuk kepada su jaksa secara sms. Aduan juga boleh dibuat melalui fb atau borang aduan yang boleh didapati di bilik jaksa. Sekian, terima kasih.



















Recent Comments