|
p/s:
Lebih baik hantar secara pukal melalui Ketua ‘posting’ masing-masing.
Sila hantar tepat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan proses kemasukan biasiswa oleh pihak JPA/JPM
Kepada pemegang biasiswa rakan pelajar perubatan tahun yang lain, anda juga perlu menyerahkan salinan slip keputusan peperiksaan terkini kepada wakil –wakil PERSIAP dan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kepada yang berkenaan (termasuk pelajar tahun 5 07/08 yang telah lulus keluar) :
Berkenaan dengan bayaran tunggakan biasiswa sem I 2007/2008 yang belum dimasukkan lagi, ini jawapan dari pihak JPA:
“Pihak JPA telah selaraskan semua akaun mengenai tunggakan biasiswa yang belum dimasukkan lagi. Tetapi, pihak Jabatan Perdana Menteri(JPM) yang menguruskan kemasukan biasiswa ke dalam akaun pelajar. JPA perlu menunggu sebarang maklumbalas dari JPM berkenaan perkara ini. Mungkin akan dimasukkan sekali bersama biasiswa semester akan datang. Walau bagaiamanapun, saudara boleh semak akaun bank saudara pada awal minggu hadapan.”
Sebarang pertanyaan berkenaan buat masa ini, bolehlah menghubungi saya
Zairi Azwan Zulkifli. InsyaAllah saya akan menjadi penghubung anda dengan pihak JPA .
Selain itu, segala permasalahan berkenaan biasiswa, bantuan kewangan, zakat dll, anda juga boleh berhubung terus dengan Exco Kebajikan PERSIAP sesi 2008/2009 :
Mohd Shaiful Nizam Mamat Nasir (Gym)
Kanith Tha A/P Deang (Kanith)
Sumber: Laman web persiap
|
Recent Comments